Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

COVID-19: 102 kes baharu hari ini

ByNurul Amarlina

KUCHING, 26 April : Kes baharu COVID-19 meningkat sedikit pada hari ini kepada 102 kes berbanding 100 yang disahkan semalam. 

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, ini meningkatkan jumlah kes kumulatif kepada 304,979 kes sejak negeri ini dilanda pandemik.

“Daripada jumlah kes baharu COVID-19 hari ini, sebanyak 35 kes dalam kategori satu manakala 67 kes dalam kategori dua,” jelas JPBN.

Sementara itu, tiada sebarang kluster baharu dan kes kematian direkodkan hari ini.

Ini menjadikan korban keseluruhan akibat COVID-19 di Sarawak hingga hari ini kekal seramai 1,727 orang.

Selain itu, sebanyak 22 daerah di Sarawak mencatatkan sifar kes baharu COVID-19 hari ini.

Kuching kekal merekodkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 30 kes, diikuti Bintulu dengan 16 kes dan Miri dengan 11 kes. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan