Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pakaian rasmi tahun ini masih mengekalkan corak atau warna ‘belang harimau’ kerana ia merupakan simbol dan juga cerminan personaliti atlet negara kita.

Pakaian rasmi atlet Malaysia kekal corak belang harimau

KUCHING, 24 April : Pakaian rasmi kontinjen negara ke Sukan SEA Vietnam tahun ini mengekalkan corak atau warna belang harimau yang merupakan simbol dan cerminan personaliti atlet negara.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, pemilihan corak berkenaan diharap dapat memberi suntikan motivasi tambahan kepada pasukan negara yang akan bersaing pada temasya dwitahunan itu.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria Foto: Olympic Council of Malaysia (MOM)

Menurut Mohamad Norza, selain Sukan SEA, pakaian itu turut akan digunakan oleh wakil negara pada Sukan Komanwel Birmingham di England dan Sukan Asia Hangzhou, China yang turut berlangsung pada tahun ini.

“Saya berharap pakaian rasmi ini juga akan menyemarakkan semangat juang atlet dan pegawai kita yang membawa nama negara pada temasya besar ketika kita masih mengharungi pandemik COVID-19,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Pakaian Rasmi Kontijen Malaysia 2022, semalam.

Lapan atlet turut hadir bagi menggayakan pakaian baharu ini
Lapan atlet turut hadir bagi Majlis Pelancaran Pakaian Rasmi Kontijen Malaysia 2022, semalam. Foto: Olympic Council of Malaysia (MOM)

Sementara itu, wakil negara ke Sukan Perpaduan Islam kali ke-5 di Konya, Turki juga turut menggunakan persalinan sama.

Corak belang harimau mula dipakai kali pertama ketika Sukan SEA ke-23 di Manila, Filipina pada 2005.

MOM bekerjasama dengan Yonex Sunrise dalam penghasilan pakaian berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan