Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Atlet terjun wanita negara, Nur Dhabitah Sabri diberi penghormatan sebagai pembawa Jalur Gemilang di Sukan SEA Hanoi, Mei ini.

Nur Dhabitah pembawa Jalur Gemilang di Sukan SEA Hanoi

KUCHING, 25 April : Atlet terjun wanita negara, Nur Dhabitah Sabri diberi penghormatan sebagai pembawa Jalur Gemilang pada Sukan SEA Hanoi, bulan depan.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, Nur Dhabitah dipilih berdasarkan prestasi besar dimiliki atlet itu yang diyakini boleh menjadi ikon kepada kontinjen negara.

Katanya, sebagai atlet muda yang mencapai kejayaan termasuk memberi persembahan memberangsangkan pada Sukan Olimpik Tokyo, ia akan turut menyuntik motivasi kepada atlet lain.

“Penerjun ini juga memiliki personaliti yang mudah didekati dan peramah. 

“Saya yakin dan percaya pemilihannya turut melambangkan semangat kontinjen kita yang memiliki sifat rendah diri dan peramah namun bersedia bersaing pada Sukan SEA di Vietnam,”katanya.

https://www.facebook.com/131071872260/posts/10158922143047261/?d=n

Sementara itu, Nur Dhabitah memberitahu, dia menyasarkan dua pingat emas menerusi dua acara yang bakal disertainya pada temasya kali ini. 

Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini turut mengucapkan terima kasih kepada MOM kerana memberi kepercayaan kepadanya sebagai pembawa Jalur Gemilang.

“Kepada anda di luar sana, mari kita bersorak untuk pasukan Malaysia.

“Kepada semua atlet, saya ingin mengucapkan semoga maju jaya, Malaysia Boleh,” katanya menerusi video yang dikongsi sempena majlis pengumuman berkenaan, kelmarin.

Sementara itu, jumlah kontinjen negara yang akan terbang ke Vietnam ialah seramai 864 orang.

Sukan SEA dijadualkan berlangsung bermula pada 12 Mei hingga 23 Mei 2022. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan