Search
Close this search box.

KKM jangka umum kelonggaran SOP Rabu ini

PORT DICKSON, 25 April : Kementerian Kesihatan (KKM) dijangka mengumumkan kelonggaran beberapa prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 pada Rabu ini, kata Menterinya Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata perancangan KKM itu telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Saya sudah maklumkan kepada Perdana Menteri tentang perancangan KKM, nanti hari Rabu saya akan umumkan,” katanya kepada pemberita semalam.

Terdahulu, Khairy melawat lima beradik Muhammad Haidir Rodzi, 24; Muhammad Hairie, 21; Nurhairieka,19; Muhammad Haiqiel, 14 dan Muhammad Khierzamani, 8, di Bandar Sunggala di sini yang kehilangan kedua-dua ibu bapa mereka Rodzi Tahar dan Nazita Idris akibat COVID-19 pada pertengahan tahun lepas.

Sebelum ini, media melaporkan Perdana Menteri berkata terdapat tiga kelonggaran SOP akan diumum dalam masa terdekat berkaitan pemakaian pelitup muka, penggunaan imbasan MySejahtera serta ujian pengesanan COVID-19 di lapangan terbang.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan