Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tidak ada kemenangan percuma untuk lawan di Puncak Borneo – Douglas Uggah

KUCHING, 24 April : Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menegaskan tidak akan memberi laluan kepada ‘parti lain’ di kerusi Parlimen Puncak Borneo pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

Timbalan Presidennya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, PBB juga berhasrat untuk menawan semula kerusi itu yang dimenangi oleh calonnya sebelum 2018.

“Setakat ini, saya minta jentera PBB buat persiapan supaya kita dapat menang kerusi itu,”katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan PBB Cawangan Mambong di sini hari ini.

Uggah berkata demikian sebagai mengulas kemungkinan PBB dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak akan meletakkan calon di situ sebagai ‘membalas budi’, Datuk Willie Mongin yang tidak bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mambong yang terletak di bawah parlimen itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak lepas.

Douglas Uggah berkata, beliau berharap isu PBB ‘beri laluan’ kepada persaing tidak akan ditimbulkan lagi.

“Tidak ada lagi. Full stop,”katanya.

Kepada soalan mengenai Willie yang dikatakan ingin menyertai GPS, Douglas Uggah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban berkata, setakat ini beliau tidak mendengar ura – ura itu.

Kerusi Parlimen Puncak Borneo dilihat bakal memasuki senarai ‘kerusi panas’ di Sarawak pada PRU-15 ini berikutan krisis politik yang berlaku selepas PRU14.

Pada 2018, Willie yang bertanding di bawah tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) menang kerusi berkenaan dengan majoriti 4,005.

Pada 2020, beliau bersama beberapa Ahli Parlimen PKR mengumumkan keluar parti itu dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Sejak tahun lepas, beliau yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi I dilihat ‘mesra’ GPS.

Sebelum persempadanan semula, kerusi Parlimen Puncak Borneo dikenali sebagai Parlimen Mambong yang dimenangi wakil PBB, Dato Dr James Dawos Mamit yang menewaskan Willie dengan majoriti 9,721 pada PRU 2013.

Berhubung keyakinan untuk menang sekiranya bertanding di situ, Uggah berkata, kejayaan berkenaan tidak mustahil untuk dicapai berdasarkan sokongan padu diterima GPS setakat ini.

“Jika melihat kepada keputusan PRN-12, rakyat menaruh kepercayaan kepada PBB apabila kita menang 47 kerusi DUN,”katanya.

“Prestasi itu cukup menggambarkan kekuatan kita di Sarawak. Ia semua hasil daripada rundingan, perbincangan yang diadakan. Kami telah menunjukkan bahawa PBB kekal bersatu,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan