Search
Close this search box.
Sarawak perlukan 3,800 pil antiviral sehingga Ogos
Sarawak perlukan 3,800 pil antiviral sehingga Ogos

Pil antiviral COVID-19 diberi percuma

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 24 April : Pihak berkuasa kesihatan di Sarawak menganggarkan negeri ini memerlukan sebanyak 3,800 dos antiviral sehingga Ogos depan.

Timbalan Premier, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian berkata, jumlah berkenaan berdasarkan anggaran pakar perubatan dan akan diberikan secara percuma.

Ujarnya, pada peringkat permulaan, Sarawak akan turut menerima sebahagian daripada 110,000 bekalan pil berkenaan yang dibeli Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ini.

“Namun demikian, orang ramai tidak boleh mengambil ubat berkenaan sewenang – wenangnya sebaliknya perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program agihan bubur lambuk di Surau Nurul Najihin, Kampung Stapok, Batu Kawa di sini hari ini.

Semalam, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Kerajaan Sarawak bersedia untuk membeli pil antiviral Paxlovid, keluaran Pfizer bagi merawat pesakit COVID-19 di negeri ini namun memerlukan perbincangan dengan KKM.

Sementara itu, Dr. Sim berkata, orang ramai tidak digalakkan mendapatkan pil tersebut di farmasi-farmasi sebelum mendapat nasihat doktor kerana terdapat kesan sampingan seperti muntah, cirit-birit dan hilang selera makan.

“Doktor di hospital awam ada ditugaskan untuk menilai berdasarkan keperluan, setelah melihat latar belakang dan juga kategori (penyakit) seseorang itu,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan