Search
Close this search box.

Sarawak sedia beli pil antiviral Pfizer – Abang Johari

ByLuqman Muhammad

GEDONG, 23 April : Kerajaan Sarawak bersedia untuk membeli pil antiviral Paxlovid, keluaran Pfizer bagi merawat pesakit COVID-19 di negeri ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ketika ini proses berkenaan masih diperingkat perbincangan dengan Kementerian Kesihatan (KKM).

Katanya, sejak negara memasuki peralihan ke fasa endemik dan KKM membenarkan pembelian pil berkenaan, beliau mahu Sarawak memiliki bekalan ubat itu untuk kegunaan rakyatnya.

“Saya telah memberi peruntukan khas kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak untuk proses pembelian.

“Kita mendapati pil ini agak berkesan kerana mereka yang dijangkiti COVID -19 hanya mengalami gejala ringan sahaja,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Abang Johari menghadiri penganjuran Program Jelajah Ramadan 2022 dan menyerahkan bantuan kepada 100 penerima di kawasan berkenaan.

Program itu memasuki edisi ke-10 penganjuran dengan mengekalkan objektif utama menyantuni golongan yang kurang bernasib baik, asnaf, rumah kebajikan dan pusat pendidikan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan