Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kami tetap akan tentang JDT
Kami tetap akan tentang JDT

Tetap beri tentangan kepada JDT – Sathia

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 20 April : Sarawak United FC berdepan tugas getir setelah diundi bertemu gergasi Liga Super, Johor Darul Ta’zim FC (JDT) pada pusingan kedua Piala FA 2022.

Mengakui perkara itu, Ketua Jurulatihnya, B. Sathianathan berkata, beliau akan memastikan mereka memberikan saingan selain menganggap ‘kesempatan’ bertemu Harimau Selatan itu sebagai pendedahan terbaik untuk barisan pemain mudanya.

“Kita lihat prestasi JDT ketika ini sangat positif apabila terbaharu mereka menewaskan Ulsan Hyundai dari Korea Selatan pada Liga Juara – Juara Asia (ACL).

“Mereka (JDT) juga mempunyai 30 pemain yang bertaraf antarabangsa,”katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Sarawak United FC yang melepasi pusingan pertama dengan membelasah kelab amatur Ultimate FC 7-0 dijadualkan bertemu skuad bimbingan Benjamin Mora berdasarkan undian hari ini.

Sebelum ini, pada aksi Liga Super di tempat lawan, Sarawak United mengalami kekalahan besar 0-6 kepada penyandang juara Liga Super 2021 itu.

Ditanya mengenai harapannya menjelang pertemuan itu, Sathianathan berkata, beliau mengharapkan semangat melawan luar biasa dijelmakan oleh para pemainnya.

“Jadi apa yang diharapkan, kita jangan takut kerana ini satu pengalaman yang baik untuk pemain muda,”katanya.

Pada masa sama, Sathianathan berkata, pasukannya juga kini sedang membuat persiapan untuk bertemu PJ City FC pada aksi berikutnya dalam Liga Super.

“Aksi itu akan menjadi kayu pengukur sebelum kami bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim,”katanya.

Satu lagi wakil Sarawak, Kuching City FC pula dilihat lebih berpeluang untuk melangkah ke pusingan ketika selepas diundi bertemu wakil Liga M3, Perlis United FC. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan