Search
Close this search box.

COVID-19 : Tiada kematian di Sarawak hari ini

Foto Faitullah Morni

KUCHING, 20 April : Sarawak merekodkan sebanyak 139 kes baharu positif baharu COVID-19 hari ini, menurun berbanding 160 hari sebelumnya.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, pertambahan kes baharu positif COVID-19 itu sekaligus menjadikan kes kumulatif mencecah 304,281 sejak negara dilanda pandemik.

“Sebanyak 138 kes baharu hari ini dalam kategori satu dan dua manakala hanya satu kes dalam kategori tiga, empat dan lima,” jelas JPBN dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, tiada kes kematian dan kluster baharu direkodkan bagi tempoh 24 jam lepas.

Ketika ini, Kuching masih mencatatkan kes baharu tertinggi sebanyak 40 kes dan diikuti dengan Bintulu sebanyak 35 kes.

Sebanyak 21 daerah lain antaranya Matu, Simunjan dan Lundu tidak merekodkan sebarang kes. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan