Lelaki tetak empat ahli keluarganya ditangkap polis

KOTA TINGGI, 20 April : Seorang lelaki yang diburu selepas disyaki menetak empat ahli keluarganya menggunakan parang di sebuah rumah di Kampung Sedili Kecil, Kuala Sedili, di sini, Khamis lepas akhirnya ditangkap polis.

Lompat parti : Wan Junaidi optimis laporan dapat disiapkan sebulan

KUALA LUMPUR, 20 April : Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar optimis Jawatankuasa Pilihan Khas berhubung pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti dapat menyediakan penyata mengandungi cadangan rang undang-undang itu dalam tempoh sebulan.

Kes Bella: Saksi nafi dibayar beri keterangan palsu di Mahkamah

KUALA LUMPUR, 20 April : Penghuni Rumah Bonda Yasmin Nahar Mahmood hari ini menafikan dakwaan peguam bela, bahawa beliau dibayar untuk memberi keterangan palsu di mahkamah pada perbicaraan kes pengasas rumah kebajikan itu, Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom down yang dikenali sebagai Bella.