Search
Close this search box.

SOP Aidilfitri akan diumum masa terdekat – Dr Sim

KUCHING, 19 April : Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri akan diumumkan dalam tempoh terdekat, ujar Timbalan Premier, Dato Sri Dr Sim Kui Hian.

Katanya, buat mana ini, pihaknya masih meneliti beberapa perkara termasuk hasil penilaian daripada pakar kesihatan Sarawak.

“Ia sepatutnya akan dikeluarkan tidak lama lagi dan kami akan sentiasa dibimbing oleh pakar perubatan kami,” katanya.

Beliau yang juga merupakan Penasihat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak turut mengingatkan supaya rakyat sentiasa berwaspada walaupun sudah berada dalam fasa peralihan ke endemik.

Bagaimanapun, tidak dinafikan akan ada varian baharu yang lebih berisiko akan muncul.

“Jadi saya juga menggesa kepada orang ramai yang pernah dijangkiti masih mengamalkan amalan yang baik kerana jangkitan kedua lebih bergejala,” katanya selepas Majlis Berbuka Puasa bersama petugas media di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) semalam.

Apa yang penting , kesihatan rakyat Sarawak merupakan perkara utama yang harus diberikan perhatian.

Beliau juga percaya Pasukan Tindakan COVID-19 telah memainkan peranan dalam memastikan pencegahan jangkitan dilakukan pada tahap yang terbaik oleh masyarakat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan