Search
Close this search box.

Penduduk Kuching rugi hampir RM6 juta terpedaya ‘shoping online’

KUCHING, 20 April : Jumlah kerugian akibat penipuan e-dagang di daerah ini pada tahun lepas mencecah hampir RM6 juta.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, ini berdasarkan sebanyak 271 kes penipuan yang dilaporkan dengan keseluruhan kerugian sebanyak RM5 997 858.

Katanya, data berkenaan menunjukkan peningkatan berbanding hanya 90 kes dengan kerugian sebanyak RM4.87 juta yang dilaporkan pada 2020.

“Pada Januari hingga April ini pula, setakat ini Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching telah menerima 74 laporan yang membabitkan kerugian sebanyak RM1.7 juta,” katanya pada sidang media semalam.

Menurut Ahsmon, majoriti kes dikesan ketika negara berada pada fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020 dan tahun lepas.

“Ramai mangsa tidak sedar ditipu kerana mereka terdesak selain modus operandi yang digunakan oleh sindiket ialah menyamar sebagai agensi penguatkuasa termasuklah polis,” katanya.

Sehubungan itu, Ahsmon menasihatkan supaya orang ramai sentiasa peka dan tidak mudah membuat sebarang pemindahan ke akaun pihak ketiga. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan