Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Untung perniagaan punca serangan bersenjata 10 lelaki di Matang

KUCHING, 17 April : Tidak berpuas hati dalam pembahagian keuntungan perniagaan dipercayai menjadi punca ‘pergaduhan ala samseng’ di sebuah restoran di Jalan Matang malam tadi.

Difahamkan, dalam kejadian kira – kira pukul 11 malam itu, pengadu yang merupakan seorang remaja berusia 18 tahun sedang makan di situ bersama rakannya.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, secara tiba – tiba sekumpulan 10 lelaki ‘muncul’ dan menyerang mangsa menggunakan senjata tajam.

Kedai makan di Matang tempat pergaduhan.
Kesan darah tempat kejadian akibat pergaduahan bersenjata semalam.

“Akibat serangan itu, rakan mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk menerima rawatan lanjut,”katanya menerusi kenyataan media petang ini.

Katanya, setakat ini polis telah menahan tujuh individu yang berumur dalam lingkungan 26 hingga 40 tahun bagi membantu siasatan kes itu dan usaha mengesan suspek lain diteruskan.

Baca > > > Tiga cedera pergaduhan di Matang

Sementara itu, Abang Zainal menafikan kes itu melibatkan kumpulan tertentu atau hutang judi seperti yang tular di sosial media.

Katanya, polis turut merampas beberapa senjata tajam yang ditemui di tempat kejadian.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan