Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sutarmidji cadang bebas cukai kenderaan

Kalimantan Barat cadang hapus cukai kenderaan dari Malaysia

ByJas

PONTIANAK, 17 April : Gabenor Kalimantan Barat, Sutarmidji mencadangkan agar kenderaan rakyat Malaysia dikecualikan cukai masuk ke Indonesia. 

Katanya, perlepasan cukai itu bertujuan untuk meningkatkan jumlah pelancong dari Malaysia ke Kalimantan Barat, Indonesia.

Pemerintah wilayah itu sebelum ini menyambut baik keputusan membuka pintu perbatasan antara Sarawak, Malaysia dengan Kalimantan, Indonesia sejak 1 April lalu.

Sutarmidji turut mendedahkan, beliau secara rasmi pernah mengusulkan kepada Jakarta agar cukai yang dikenakan kepada kenderaan Malaysia yang masuk ke wilayah Indonesia dihapuskan. 

“Peraturan cukai itu membebankan warga Malaysia yang ingin bercuti di sini kerana mereka yang membawa kenderaan peribadi harus membayar sekitar 400 ribu rupiah atau sekitar RM118 setiap bulan,” katanya lagi.

Jika cadangan penghapusan cukai dipersetujui, Sutarmidji yakin pelancong dari Malaysia yang datang ke Kalimantan Barat akan menetap lebih lama. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found