Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kes Covid harian di Sarawak hanya 119
Kes Covid harian di Sarawak hanya 119

Hanya 119 kes baharu , 22 daerah tiada kes

Foto Faitullah Morni

KUCHING, 17 April : Perkembangan COVID-19 di Sarawak bagi tempoh 24 jam lepas menyaksikan hanya 119 kes baharu direkodkan.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, ini menjadikan kes kumulatif berjumlah 303,890 sejak negeri ini dilanda COVID-19.

Bagi pecahan kes baharu mengikut daerah, Kuching merekodkan 31 kes positif COVID-19 iaitu yang tertinggi dan diikuti Sibu sebanyak 21 kes.

“Sebanyak 22 daerah lain mencatatkan sifar kes baharu antaranya Simunjan, Dalat, Asajaya, Lubok Antu dan Pusa,”jelas JPBN menerusi kenyataan media.

Sementara itu, dua kematian direkodkan hari ini yang membabitkan seorang lelaki berumur 28 tahun di Bintulu yang tiada sebarang sejarah penyakit.

Satu lagi kematian melibatkan wanita berumur 75 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit dislipidemia dan penyakit autoimun. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan