Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perpaduan asas kejayaan kerajaan Sarawak stabil – Douglas Uggah
Perpaduan asas kejayaan kerajaan Sarawak stabil – Douglas Uggah

Perpaduan asas kejayaan dan kestabilan Sarawak – Douglas Uggah

SERIAN, 16 April : Perpaduan merupakan asas penting kepada kestabilan Sarawak yang dilihat terus kukuh sehingga ke hari ini di sebalik pelbagai cabaran.

Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, perpaduan yang terbentuk juga akan menentukan masa depan sesebuah negeri untuk berdepan cabaran mendatang.

Di Sarawak katanya, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) komponen dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang mentadbir negeri telah membuktikan menerusi kepimpinan yang kuat dan mempunyai visi jelas, mereka dapat terus memacu pembangunan dan kemakmuran Bumi Kenyalang.

“Justeru, bagi memastikan PBB terus unggul dan kukuh, kekalkan perpaduan ini bagi membantu kejayaan yang kita mahu capai pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Mesyuarat Pemilihan Ahli Jawatankuasa (AJK) PBB Cawangan Balai Ringin di Serian di sini hari ini.

Pada masa sama, Douglas Uggah turut menyeru supaya ahli-ahli PBB memahami polisi kerajaan dan bersiap sedia dalam berdepan pelbagai cabaran.

“Mereka perlu faham terlebih dahulu berhubung polisi dilancarkan Kerajaan Sarawak seperti Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030),” katanya.

Katanya, kefahaman yang mendalam terhadap usaha kerajaan termasuk PCDS 2030 akan membantu ahli parti berkenaan mengatur gerak langkah dan memainkan peranan untuk mencapai hasrat menjadi negeri maju pada 2030. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan