Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
John Sikie Tayai bertanding Presiden PRS
John Sikie Tayai bertanding Presiden PRS

John Sikie Tayai disahkan bertanding jawatan Presiden PRS

Foto : Kredit UKAS

SARIKEI, 16 April : Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk John Sikie Tayai disahkan akan bertanding jawatan Presiden sempena pemilihan Parti Rakyat Sarawak (PRS) minggu depan.

Mengesahkan perkara itu, Setiausaha Agung PRS, Datuk Ir Janang Bungsu berkata, John Sikie telah menghantar borang pencalonan.

“Kertas pencalonan untuk pemilihan pada minggu depan akan ditutup esok.

“Setakat ini beliau (John Sikie) telah hantar (borang),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir pada Program Santai Bersama Pemimpin anjuran belia Rumah Tayan di sini pagi tadi.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato Sri Huang Tiong Sii.

PRS akan mengadakan mesyuarat agong pada 23 dan 24 April depan di Sibu yang mana pemilihan pucuk pimpinan baharu parti akan turut berlangsung.

Perkembangan terbaharu itu menyaksikan John Sikie yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus itu ‘perlu menanti’ sekiranya terdapat calon lain dalam PRS yang akan turut menawarkan diri mengisi jawatan nombor satu parti itu.

Jawatan Presiden kosong selepas Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing meninggal dunia pada 31 Oktober 2021.

Sejak itu, Timbalan Presiden, Datuk Joseph Salang Gandum memangku jawatan berkenaan.

Joseph Salang , bekas Ahli Parlimen Julau sebelum ini turut disebut sebagai bakal Presiden baharu PRS. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan