Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian menerima panggilan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian untuk mohon khidmat bomba bagi menurunkan mangsa yang tersangkut di transformer

Maut tersangkut di pelantar transformer elektrik

KUCHING, 11 April : Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai terkena renjatan elektrik dan tersangkut di pelantar transformer elektrik di Kampung Semukoi A, Serian, pagi tadi.

Komander Operasi daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian, PBK II Christopher Tugoh menerima panggilan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian pada jam 10.25 pagi untuk mohon khidmat bomba bagi menurunkan mangsa yang tersangkut di transformer. 

Susulan laporan, seramai enam anggota dan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian.

Pihak bomba menunggu kehadiran pihak Sarawak Energy Berhad (SEB) bagi mengesahkan keadaan selamat. 
Kredit: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian

Agensi lain turut terlibat melibatkan empat anggota daripada pihak polis serta tiga anggota daripada pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

“Setibanya pihak bomba di tempat kejadian, keadaan arus elektrik masih aktif dan tidak selamat untuk kru melakukan tugas-tugas menyelamat,” katanya lagi. 

Pihak bomba menunggu kehadiran pihak Sarawak Energy Berhad (SEB) bagi mengesahkan keadaan selamat. 

“Setelah mendapati keadaan selamat, kerja-kerja menurunkan mangsa dari pelantar dilakukan dengan bantuan pihak polis,” katanya lagi. 
Kredit: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian

“Setelah mendapati keadaan selamat, kerja-kerja menurunkan mangsa dari pelantar dilakukan dengan bantuan pihak polis,” katanya lagi. 

Mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak KKM manakala operasi telah ditamatkan pada jam 11.08 pagi.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan