Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kanak kanak perempuan maut digilis kereta
Kanak kanak perempuan maut digilis kereta

Doktor wanita rugi lebih RM173,000 ditipu tawaran kerja sambilan

SEREMBAN, 12 April : Seorang doktor berputih mata apabila kerugian RM173,888.74 akibat ditipu dalam penawaran kerja sambilan menerusi media sosial Instagram di Port Dickson, pada Jumaat lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan Supt Aibee Ab Ghani berkata wanita berusia 29 tahun itu berurusan dengan individu dikenali sebagai ‘June’, yang menawarkan pekerjaan pemasaran digital menerusi laman web beli-belah secara dalam talian.

Beliau berkata mangsa kemudian berurusan dengan seorang lelaki bernama Alex yang memintanya membuat pembelian barangan di laman web tersebut dan akan menerima komisen bagi setiap pembelian.

“Tugasan pertama wanita itu adalah membuat pembelian barang berjumlah RM99 dan telah menerima komisen sebanyak 10 peratus daripada modal yang dibuat.

“Mangsa kemudian diminta membuat pembelian barangan seterusnya dan telah melakukan tujuh transaksi bank tempatan yang keseluruhan berjumlah RM173,888.74 pada keesokan harinya,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Jelasnya, doktor tersebut dijanjikan menerima komisen ke atas pembelian barangan tersebut yang selesai semalam, namun dia menyedari ditipu setelah diminta membuat pembayaran untuk perlindungan diri sebanyak RM74,872.41 bagi menebus modal dan komisen yang dijanjikan tersebut.

Mangsa membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan