Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Diguling selepas undi tidak percaya, Imran Khan ikut jejak PM sebelum ini

NEW DELHI, 10 April : Perdana Menteri Pakistan Imran Khan menjadi perdana menteri pertama negara itu yang digulingkan melalui undi tidak percaya.

Dengan undian yang dibuat pada malam Sabtu itu turut menyaksikan Imran mengikut jejak perdana menteri Pakistan sebelum ini yang tidak dapat menghabiskan penggal penuh lima tahun untuk jawatan keramat itu sejak 75 tahun lalu.

Persidangan Parlimen dimulakan pada pukul 10.30 pagi seperti yang diarahkan oleh Mahkamah Agung,untuk mempertimbangkan usul undi tidak percaya pembangkang.

Campur tangan mahkamah tersebut datang selepas Timbalan Speaker Dewan Negara Qasim Khan Suri tidak membenarkan usul itu pada 3 April lalu yang mana langkah itu dilihat sebagai sebahagian plot yang disokong untuk perubahan rejim di Pakistan.

Ahli parlimen dari Parti Tehreek-e-Insaf (PTI) yang dipimpin Imran mengecam Amerika Syarikat kerana didakwa mencampuri urusan Pakistan.

Mereka yang mewakili pakatan pembangkang Pergerakan Demokratik (PDM) termasuk Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PLM-N) dan Parti Rakyat Pakistan (PPP) yang menuntut undiantersebut dilakukan segera dan yakin bahawa mereka mempunyai angka minimum yang diperlukan iaitu 172 daripada 342 ahli parlimen untuk menggulingkan Imran.

Pengundian akhirnya dijalankan sekitar tengah malam oleh Ayaz Sadiq dari PLM-N di Kerusi Speaker selepas Speaker Asad Qaiser dan Timbalannya Suri  meletak jawatan.

“Seratus tujuh puluh empat ahli telah merekodkan undi mereka menyokong resolusi itu,” umum Ayaz.

Dalam ucapan di televisyen pada petang Jumaat, Imran yang dipilih pada 2018 dengan tegas berkata dia tidak akan menerima “kerajaan import” dan mendakwa bahawa ahli parlimen dibeli seperti “kambing biri-biri” untuk menukar kesetiaan kepada parti.

Dakwaan campur tangan AS untuk menggagalkan Pakistan daripada mempunyai dasar luar bebas bergema semasa persidangan pada Sabtu itu.

“Dalam 124 tahun kebelakangan ini, hanya satu kuasa asing telah membuat 81 percubaan menukar rejim (di seluruh dunia). Dan sejak 1948, terdapat 61 percubaan menukar rejim. Rejim ditukar di Timur Tengah, Eropah, Afrika dan Amerika Latin,” kata Hammad Azhar, yang berkhidmat sebagai Menteri Tenaga dalam pentadbiran sebelum ini.

“Hari ini percubaan menukar rejim sedang dilakukan di negara ini, dan kita ada buktinya,” tambahnya.

Hubungan dua hala yang bermasalah AS-Pakistan menjadikan orang ramai di negara itu berhati-hati terhadap campur tangan Amerika dalam hal dalaman.

“Mereka telah cuba memusnahkan setiap negara Islam,” kata Shireen Mazari, yang berkhidmat sebagai Menteri Hak Asasi Manusia dalam kabinet Imran.

Tambahnya, “Ia bukan organik, ia adalah konspirasi luar.”

Shah Mahmood Qureshi, Menteri Luar Negeri yang akan bersara, menegaskan bahawa Jawatankuasa Keselamatan Negara (NSC) Pakistan, termasuk menteri-menteri utama dan kepimpinan tertinggi tentera memandang serius terhadap dakwaan campur tangan AS.

Mengenai lawatan Imran ke Moscow Februari lalu, Qureshi berkata penasihat keselamatan negara AS telah menghubungi rakan sejawatannya dari Pakistan dengan mesej “Jangan pergi.”

Beliau mempersoalkan bagaimana sesebuah negara boleh dihalang daripada melakukan lawatan dua hala.

Bagaimanapun, pemimpin pembangkang lebih berminat untuk membuat undi tidak percaya.

“Anda berada di bawah perintah Mahkamah Agung untuk mempengerusikan sesi ini hanya untuk satu perkara, iaitu meneruskan pengundian,” kata pemimpin PML-N Shehbaz Sharif.

Shehbaz mendapat sokongan perikatan anti-Imran untuk menjadi perdana menteri Pakistan yang seterusnya, di mana tentera mempunyai pengaruh besar dalam perkara-perkara penting.

“Kami tidak akan membalas dendam terhadap sesiapa,” katanya selepas usul itu diluluskan.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Pakistan dan dewan ini kerana buat pertama kalinya di Pakistan undi tidak percaya telah berjaya dan kami telah mencipta sejarah,” kata pemimpin PPP Bilawal Bhutto Zardari ketika bapanya dan bekas presiden Pakistan Asif Zardari duduk di sebelahnya dalam persidangan itu.

Pemimpin PTI, bagaimanapun, percaya penentangan anti-AS oleh Imran dan kempennya untuk membina Pakistan yang lebih kuat dan berdikari, berpegang pada prinsip Islam, telah menjana lebih banyak sokongan orang ramai.

Parti itu dikatakan merancang untuk mengadakan protes di seluruh negara pada Ahad.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan