Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rakyat Sarawak jangan leka SOP
Rakyat Sarawak jangan leka SOP

Jangan leka SOP sepanjang Ramadan – Abang Johari

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 8 April : Rakyat negeri ini dinasihatkan agar tidak leka dan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 sepanjang Ramadan ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pematuhan itu sangat ditekankan berikutan negara kini sedang memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik dan lebih banyak kelonggaran telah diberikan kerajaan sejak 1 April lepas.

“Kita sudah masuk fasa peralihan endemik dan kini ada kelonggaran SOP seperti di bazar Ramadan yang menyaksikan ramai pengunjung.

“Oleh itu, saya nasihatkan supaya sentiasa jaga SOP dan kesihatan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2022 di Wisma Bapa Malaysia di Petra Jaya di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak – kanak dan Kesejahteraan Masyarakat negeri, Dato Sri Fatimah Abdullah.

Semalam, Sarawak mencatatkan 413 kes baharu COVID-19 dengan lima kematian direkodkan.

Sumbangsih Raya merupakan program pemberian kotak makanan kepada anggota dan pasukan keselamatan yang bertugas ketika hari raya.

Pada tahun ini, sebanyak 11,500 kotak diberikan kepada 10 agensi.

Antara agensi yang menerima sumbangan berkenaan termasuklah 10 agensi Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dan Jabatan Penjara Malaysia (JPM).

Turut hadir menerima kotak berkenaan ialah wakil Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan