Search
Close this search box.
Kuching Water Board KWB New Logo
Kuching Water Board KWB New Logo

Penduduk Kuching dijangka berdepan gangguan air malam ini

ByNurul Amarlina

KUCHING, 6 April : Penduduk di beberapa kawasan di sekitar pusat bandar dinasihatkan supaya menyimpan bekalan air ekoran masalah gangguan air yang dijangka bermula pukul 10 malam ini hingga 11 pagi esok.

Menurut kenyataan Lembaga Air Kuching (KWB), punca utama gangguan berkenaan ialah disebabkan kerja – kerja pembaikan injap pintu paip utama di Batu 6, Jalan Penrissen yang bermula malam ini hingga 5 pagi esok.

“Kawasan yang dijangka terkesan adalah Taman Sarmax, Taman Semeba, kawasan sepanjang Jalan Semeba, Jalan Simpang Tiga, Kenyalang Park, Batu 7, Batu 9, Batu 10, Stesen Booster 1 & 2, Jalan Puncak Borneo, Jalan Kuching Serian, SMK Siburan, Kampung Landeh, kawasan sekitar Pending, Bintawa dan bandaraya Kuching,”jelas KWB menerusi kenyataan media.

KWB turut memberitahu, tempoh pemulihan tekanan air adalah sehingga pukul 11 pagi esok dan sepanjang tempoh berkenaan, pengguna dijangka mengalami masalah tekanan air rendah dan bekalan air kotor.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan, boleh menghubungi pusat khidmat pelanggan di talian 082-222333. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan