Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
COVID-19 Tiada kematian baharu di Sarawak
COVID-19 Tiada kematian baharu di Sarawak

COVID-19 : Tiada kematian di Sarawak

ByWani Azmi

KUCHING, 6 April : Kes baharu COVID-19 di Sarawak hari ini menunjukkan sedikit peningkatan apabila merekodkan sebanyak 415 kes baharu berbanding 406 sehari sebelumnya.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, pertambahan itu sekaligus menjadikan kes kumulatif meningkat kepada 301,085 sejak negeri ini dilanda pandemik.

“Daripada jumlah kes baharu, sebanyak 407 berada pada kategori satu dan dua manakala hanya lapan kes sahaja dalam kategori tiga, empat dan lima,” jelas JPBN menerusi kenyataan media hari ini.

Sementara itu, JPBN turut mengesahkan bahawa tiada kes kematian baharu.

Ini menjadikan kes kumulatif kematian COVID-19 di Sarawak kekal seramai 1,697 orang.

Kuching masih menjadi daerah yang mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 131 kes manakala 13 daerah lagi tidak merekodkan sebarang jangkitan baharu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan