Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiada sampel produk kicap soya termasuk Kicap Soya Manis dan Sambal Sos Ayam Goreng jenama ABC dikesan mengandungi sulfur dioksida. Foto: BERNAMA

Belum masanya ‘tanggalkan’ pelitup muka – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 6 April : Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menasihatkan masyarakat agar terus berwaspada terhadap penularan pandemik COVID-19 dalam fasa peralihan ke endemik dengan memakai pelitup muka bagi mengawal jangkitan virus itu.

Dr Noor Hisham berkata pemakaian pelitup muka adalah antara langkah pencegahan yang dapat mengurangkan penularan virus itu terutamanya di kawasan jangkitan berisiko tinggi seperti tempat tertutup dengan pengudaraan yang tidak baik, tempat sesak, dan tempat individu melakukan interaksi jarak dekat.

Katanya COVID-19 masih wujud dan menular serta mengakibatkan kematian terutamanya dalam kalangan warga emas, kanak-kanak, individu yang mempunyai sistem imuniti tubuh rendah, dan individu yang mempunyai komorbid.

Menurut Dr Noor Hisham, amalan terbaik adalah kedua-dua individu iaitu pembawa COVID-19 dan juga individu sihat memakai pelitup muka kerana cara itu menjadikan risiko penularan virus berkenaan pada tahap sangat rendah.

“Ini (pemakaian pelitup muka) berdasarkan kemungkinan terdapat individu yang tidak tahu dijangkiti COVID-19 berada di kawasan umum kerana tidak bergejala,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata pemakaian pelitup muka yang betul adalah dengan pelitup muka menutup hidung serta mulut sepenuhnya, bukan sekadar di bawah atau hujung hidung memandangkan virus SARS-CoV-2 amat mudah merebak melalui titisan cecair atau titisan saluran pernafasan (respiratory droplets).

“Amalan saling tegur-menegur adalah tidak asing lagi bagi masyarakat di negara ini di mana ia adalah amalan solidariti bagi kebaikan bersama. Sekiranya terdapat individu yang tidak memakai pelitup muka atau memakainya dengan tidak betul, kita boleh saling menegur secara berhemah.

“Amalan ini perlu dibudayakan demi menjaga kesihatan sesama kita selain terus mengamalkan penjarakan fizikal yang munasabah dan segera mendapatkan dos penggalak bagi yang belum menerimanya,” katanya.

Senarai penuh prosedur operasi standard (SOP) melibatkan pemakaian pelitup muka boleh didapati di laman www.mysop.gov.my. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan