Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pan Borneo : Jejambat Jajaran Kuching-Serian dijangka siap pertengahan tahun ini

ByOdleen Catherny

KUCHING, 5 April : Pembinaan jejambat Lebuhraya Pan Borneo (LPB) di jajaran Seksyen Kuching-Serian dijangka akan siap hujung Jun ini.

Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ketika ini kemajuan projek berkenaan sudah melebihi 90 peratus di Batu 6 dan Batu 7.

Katanya, bagi pembinaan di Batu 10 pula, dijangkaan akan disiapkan pada bulan depan manakala jejambat Batu 4.5 telah siap sepenuhnya

“Setakat ini, Kerajaan Sarawak amat berpuas hati dengan kerja-kerja yang dilakukan oleh kontraktor membabitkan kos projek sebanyak RM322,966,210.30,”katanya,

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tapak projek Jejambat Lebuhraya Pan Borneo Batu 6, di sini, hari ini.

Sementara itu, Douglas Uggah berkata, beliau berharap kontraktor-kontraktor lain di Sarawak mencontohi kontraktor yang mengendalikan projek Jejambat Lebuhraya Pan Borneo di jajaran Seksyen Kuching-Serian Road (KSR)

“Ini kerana kita di Sarawak mempunyai banyak projek-projek kritikal dan perlu disiapkan tepat pada masanya,” ujarnya lagi.

Berdasarkan rekod, Jejambat Lebuhraya Pan Borneo Batu 4.5 siap 100 peratus, Batu 6 pula 93.9 peratus, Batu 7 siap 93.37 peratus dan Batu 10 siap 96.01 peratus. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan