Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Wanita jadi tekong bawa PATI ditahan
Wanita jadi tekong bawa PATI ditahan

Wanita tempatan jadi tekong bawa PATI ditahan polis

LUBOK ANTU, 3 April : Seorang wanita tempatan yang menjadi tekong darat dengan membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan polis dalam Op Benteng di sini pada 24 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Victor Ripon berkata, wanita berusia 39 tahun itu ditahan di sekatan jalan raya (SJR) di Kilometer 2, Jalan Entugam pada pukul 11.30 malam.

Katanya, polis mengesan tiga kenderaan dalam keadaan mencurigakan termasuk yang dipandu oleh suspek.

“Pemeriksaan lanjut terhadap keretanya mendapati terdapat enam orang penumpang iaitu empat lelaki dan dua wanita warga Indonesia yang tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah,”katanya ketika dihubungi TVS.

Beliau memberitahu, dua lagi kenderaan pacuan empat roda yang berada di belakang kereta wanita itu turut diperiksa.

“Polis mendapati terdapat 15 orang penumpang termasuk seorang kanak – kanak perempuan yang dipercayai berasal dari negara jiran yang berstatus PATI,”katanya.

Sementara itu, dalam kes kedua pada Jumaat lepas, Victor memberitahu, dua adik beradik lelaki yang berusia 27 dan 24 tahun turut ditahan pihaknya atas kesalahan cuba membawa keluar empat PATI ke negara asal mereka.

Katanya, siasatan lanjut mendapati empat PATI berasal dari Indonesia itu dibawa dari Sibujaya dan hendak pulang ke negara mereka melalui lorong tikus di Lubok Antu.

Beliau memberitahu, kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 26 A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti-Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan