Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Polis Marin Wilayah 5 rampas minyak diesel dan dua lori bernilai RM171,050

SIBU, 3 April : Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima Sarawak menahan seorang lelaki kerana disyaki menjalankan aktiviti memindahkan bahan bakar secara tidak sah.

Komandernya, Asisten Komisioner Zulfikar Mohd. Ghazali berkata, ketika ditahan oleh Unit Risik PPM di Lorong Teku 52 pada pukul 9.30 malam Jumaat lepas, suspek yang berusia 42 tahun itu sedang memindahkan minyak diesel dari sebuah lori ke tangki lori lain.

Katanya, nilai rampasan keseluruhan dalam Op Kontraban itu berjumlah RM171 050.

“Suspek tidak memiliki permit daripada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk membawa barang kawalan berkenaan,”katanya menerusi kenyataan media.

Zulfikar memberitahu, muatan minyak diesel sebanyak 5,000 liter itu dianggarkan bernilai RM10,750 manakala dua hos nozel bernilai RM300 telah dirampas bersama dua buah lori yang dianggarkan bernilai RM160,000.

Katanya, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan akan dirujuk Pejabat KPDNHEP Sibu untuk tindakan lanjut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan