Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
pickids vaksin kanak-kanak
pickids vaksin kanak-kanak

Lebih enam ribu kanak-kanak di Malaysia telah terima dos lengkap

ByBernama

KUALA LUMPUR, 3 April : Sejumlah 6,129 kanak-kanak berumur antara lima dan 11 tahun telahpun lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19, menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam.

Berdasarkan laman sesawang COVIDNOW, sejumlah 1,346,625 kanak-kanak atau 38 peratus daripada populasi kanak-kanak, telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara, sejumlah 15,844,706 individu atau 67.3 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah menerima dos penggalak, 22,954,459 individu or 97.6 peratus daripada populasi dewasa telah lengkap vaksinasi mereka, manakala 23,230,239 or 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia antara 12 ke 17 tahun, sejumlah 2,853,182 individu atau 91.7 peratus daripada kumpulan itu telah lengkap divaksinasi, manakala 2,949,478 atau 94.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 25,702 dos vaksin telah diberikan semalam, melibatkan 8,752 suntikan pertama, 5,292 suntikan kedua dan 11,658 suntikan dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 68,972,658 dos.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 56 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan Perak, Selangor dan Kuala Lumpur  merekodkan kematian tertinggi sebanyak 10 kes diikuti Johor (lapan) dan Kedah (tujuh).

Melaka mencatatkan tiga kes, Negeri Sembilan dan Pahang masing-masing dua kes, manakala Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Terengganu, masing-masing satu kes kematian.

— TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan