Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Bayangkan satu penggal tukar tiga PM – Wan Junaidi

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 2 April : Malaysia akan terus berdepan ketidakstabilan politik yang berpunca daripada tindakan lompat parti disebabkan ketiadaan peruntukan undang – undang yang menghalang perbuatan itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang – Undang), Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, dalam tempoh satu penggal, Malaysia ‘mencatat sejarah’ apabila Perdana Menteri bertukar sebanyak tiga kali.

“Seramai 38 Ahli Parlimen yang dipilih pula telah lompat parti.

“Ini menyebabkan ketidakstabilan politik dan kita tidak mahu lihat perkara ini terus berlarutan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sidang khas untuk membahaskan Rang Undang – Undang Anti Lompat Parti 2022 yang dijadualkan pada 11 April depan.

Wan Junaidi menjelaskan, sebelum boleh membentangkan Rang Undang -undang (RUU) berkenaan, perkara itu perlu dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri terlebih dahulu.

“Mesyuarat berkenaan akan berlangsung pada Rabu ini dan selepas diberi kebenaran, saya yakin akan mendapat laluan untuk membentangkannya,”katanya.

Di kalangan wakil rakyat pula, Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong memberitahu, ketika masih tiada persetujuan sebulat suara mengenai perkara itu.

Terdahulu, beliau melawat Tapak Projek Benteng Kampung Muara Tebas dan turut diberikan taklimat mengenai perkembangan terkini projek berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan