Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua suspek dituduh di mahkamah hari ini atas tuduhan bunuh Eric Chang
Dua suspek dituduh di mahkamah hari ini atas tuduhan bunuh Eric Chang

TERKINI : Dua suspek didakwa hari ini atas pertuduhan bunuh Eric Chang

KUCHING, 31 Mac : Selepas 24 hari siasatan kes kehilangan kanak – kanak lelaki Eric Chang dilakukan pihak berkuasa, kes berkenaan dianggap selesai selepas pasangan penjaganya dituduh di mahkamah hari ini mengikut 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Menerusi kenyataan media hari ini, Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah mengesahkan perkembangan berkenaan.

Katanya, kertas siasatan telah dilengkapkan dan dihantar kepada Pengarah Pendakwaan Wilayah Sarawak.

” Berdasarkan siasatan dan keterangan yang diperolehi, kedua-dua suspek juga akan dituduh kerana memiliki lima waran tangkap di bawah kesalahan Akta Dadah Berbahaya 1952,”katanya.

Ahsmon memberitahu, salah seorang suspek akan turut dtuduh di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan berkaitan curi dalam bangunan.

Sementara itu menerusi sidang media di pejabatnya, Ahsmon memberitahu, sepanjang proses siasatan, polis telah merampas sebuah kereta Perodua Viva, kamera litar tertutup (CCTV), pakaian yang dipercayai ada kaitan dengan kes berkenaan dan tiga telefon bimbit.

Kepada soalan berkenaan motif kes berkenaan, Ahsmon menjelaskan , terdapat motif kejadian itu berlaku dan akan didedahkan ketika perbicaan.

“Kes selesai , bukti paling jelas ketika perbicaraan,”katanya.

Pada masa sama, beliau menjelaskan kes berkenaan tidak mempunyai kaitan dengan kegiatan penjualan organ.

“Kes juga tidak berkaitan dengan motif dendam,” katanya.

Sebelum ini, Eric Chang yang berusia empat tahun dilaporkan hilang pada 7 Mac lalu di rumah pengasuhnya di Taman Riverview, Bintawa dan laporan dibuat oleh keluarganya pada hari sama.

Susulan itu, polis menahan empat individu iaitu pasangan penjaga serta ibu dan ayah Eric.

Semakan mendapati, kesemua mereka positif dadah selain memiliki 17 rekod jenayah lampau.

Ibu dan bapanya kemudian dibebaskan dengan jaminan polis.

Siasatan kes berkenaan pada mulanya dilakukan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak – Kanak 2001 namun polis mengklasifikasi semula siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

Polis bersama beberapa agensi penguatkuasa lain kemudian melancarkan operasi mencari di sekitar Sungai Muara Tebas untuk mencari petunjuk baharu bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Bagaimanapun, selepas tujuh hari, operasi ditamatkan sepenuhnya tanpa sebarang penemuan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan