Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lebih 130,000 kanak-kanak di Malaysia terima dos pertama vaksin COVID-19
KANGAR, 10 Feb -- Seyonaa Paras Doshi bergambar bersama ibunya Jarna Shah selepas menerima suntikan vaksin pada Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids) di Hospital Tuanku Fauziah hari ini. --fotoBERNAMA (2022) HAKCIPTA TERPELIHARA

Lebih 2.8 juta remaja di Malaysia lengkap vaksinasi

ByBernama

KUALA LUMPUR, 30 Mac : Sebanyak 15,711,005 individu dewasa atau 66.8 peratus daripada populasi kumpulan itu di negara ini telah menerima dos penggalak COVID-19 setakat semalam. 

Berdasarkan laman web COVIDNOW, sejumlah 22,951,201 atau 97.5 peratus daripada populasi dewasa telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 23,227,197 atau 98.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 2,850,360 individu atau 91.6 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,947,122 atau 94.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, untuk populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, sejumlah 1,319,899 individu atau 37.2 peratus kumpulan itu telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids). 

Semalam, sebanyak 47,608 dos vaksin diberikan melibatkan 5,296 suntikan pertama, 1,594 suntikan lengkap dan 40,718 suntikan dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini 68,795,057 dos.

Dalam pada itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 64 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan Perak mencatatkan kematian tertinggi sebanyak 20 kes diikuti Kedah (lapan), Selangor (tujuh), Pulau Pinang (enam) dan Johor (lima). 

Negeri Sembilan dan Sarawak masing-masing mencatatkan empat kes kematian, Kelantan dengan tiga kes, Melaka, Pahang dan Sabah masing-masing dua kes manakala satu kes dilaporkan di Terengganu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan