Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rakyat Jepun nikmati keindahan bunga ‘sakura’ di Tokyo

Rakyat Jepun nikmati keindahan bunga ‘sakura’ di Tokyo

ByJas

TOKYO, 29 Mac : Ribuan rakyat Jepun bertumpu di tengah bandar Tokyo untuk menikmati keindahan bunga sakura, semalam. 

Kesempatan itu diambil orang ramai biarpun sekatan akibat COVID-19 masih berkuatkuasa di Tokyo dan 17 wilayah yang lain di Jepun. 

Orang ramai menggunakan pelitup muka ketika bersiar-siar serta mengambil gambar di sekitar Istana Diraja, tengah bandar Tokyo. 

Menurut Agensi Meteorologi Jepun bunga sakura telah mekar sepenuhnya di Tokyo pada Ahad iaitu empat hari lebih awal dari kebiasaannya.

“Saya bersyukur kerana dapat melihat bunga sakura tahun ini,

“Saya berasa sakit hati apabila menonton berita berkaitan dengan perang yang berlaku di Ukraine,

“Jadi tahun ini, saya rasa bila dapat melihat bunga sakura adalah satu rahmat,” kata Akemi Shimizu, penduduk Jepun kepada Reuters. 

Mengikut tradisi lama ketika melihat bunga sakura, orang ramai akan ke taman dan duduk di bawah pokok ceri sambil berkelah, menyanyi dan menikmati air minuman. 

Ekoran daripada wabak COVID-19, kerajaan Jepun telah menggesa orang ramai untuk tidak makan atau minum di luar rumah bagi membendung penularan wabak tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan