Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Memartabat seni kraf, Jabatan Penjara Malaysia terima Anugerah Kraf Antarabangsa 2021

BySalasiah Safian

KUCHING, 29 Mac: Jabatan Penjara Malaysia telah menerima Anugerah Lifetime Achievement for Contribution to the Sustainable Development of Craft Sector and Social Inclusion dalam Anugerah Kraf Antarabangsa 2021.

Menurut Komisioner Jeneral Penjara Malaysia Dato’ Nordin Muhamad, anugerah tersebut telah diterima pada 8 Januari 2022.

“Kegigihan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku tanpa mengenal penat dan lelah dalam memartabatkan seni warisan kraf telah membolehkan Jabatan Penjara Malaysia dianugerahkan Lifetime Achievement for Contribution to the Sustainable Development of Craft Sector and Social Inclusion dalam Fifth International Craft Award 2021 pada 8 januari tahun 2022 yang lalu,” katanya ketika berucap dalam Program Lawatan Rasmi ke Bawah Duli yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke Pusat Vokasional Industri (PVI) Songket SARAPRIDE Penjara Puncak Borneo, di sini hari ini.

Pada 26 Jun 2019, isteri Premier Sarawak Puan Sri Datuk Amar Jumaani Tun Tuanku Bujang, merangkap Penaung Projek Inovasi dan Songket Keringkam Sarawak telah menghadap Raja Permaisuri Agong di Istana Negara.

Bermula detik itu proses pengenalan serta pembelajaran dimulakan di Penjara Pusat Puncak Borneo pada 29 September 2019.

Tambahnya, pelantikan ke bawah Duli yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku sebagai Penaung diRaja bagi Seni dan Kraf Jabatan Penjara Malaysia merupakan anugerah dan kebanggaan kepada seluruh warga Jabatan Penjara Malaysia.

Malah ia meningkatkan lagi komitmen pihaknya untuk mengembangkan peluang latihan dan pemulihan para banduan dalam bidang seni dan kraf.

“Pemilihan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku sebagai Penaung diRaja menepati keperibadian mulia ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku yang sentiasa mendekati bukan sahaja warga kerja Jabatan Penjara Malaysia namun tidak ketinggalan penghuni di sebalik tembok batu,” ujarnya.

Sementara itu, katanya Raja Permaisuri Agong juga bertitah untuk memartabatkan seni warisan songket Sarawak.

Aktiviti tenunan songket di Penjara Pusat Puncak Borneo adalah dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Old Kuching Smart Heritage (OKSHE) serta CENTEX Komersial.

Pada 26 Januari lalu, Kerajaan Sarawak dan Jabatan Penjara Malaysia telah memeterai Memorandum Perjanjian (MOA).

Melalui MOA tersebut kerajaan Sarawak memperuntukkan sebanyak RM6 juta bagi tujuan pembinaan Bengkel Songket SaraPride bagi Projek Warisan OKSHE yang mensasarkan 100 rumah tenun atau dukan yang mampu menghasilkan lebih banyak kain songket Sarawak.

Raja Permaisuri Agong berkenan mencemar duli ke Pusat Vokasional Industri (PVI) Songket SARAPRIDE Penjara Puncak Borneo dan baginda turut berkongsi ilmu tenunan songket kepada para banduan.

Hari ini merupakan hari kedua Raja Permaisuri Agong berada di Sarawak sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur pada Rabu, 30 Mac ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan