Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
COVID-19: Hanya empat daerah di Sarawak catat sifar kes

COVID-19 Sarawak: Empat daerah catat sifar kes

KUCHING, 29 Mac: Daripada 40 daerah di Sarawak, empat daerah iaitu Telang Usan, Tanjung Manis, Belaga dan Bukit Mabong tidak merekodkan kes harian.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Kuching kekal merekodkan kes harian tertinggi dengan 319 kes diikuti Bintulu 106 dan Miri (85) manakala Sibu merekodkan 55 kes, Samarahan (52), Serian (33), Bau (21), Sarikei (16), Sri Aman dan Betong (15) serta Limbang (11).

Bagi jumlah kes harian pula, Sarawak pada Selasa merekodkan 828 kes baharu dengan 817 adalah kategori satu dan dua sementara 11 lagi kes adalah kategori tiga, empat dan lima.

Ia sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 296,728 kes sejak dilanda pandemik.

Sementara itu, tiga kematian akibat jangkitan COVID-19 turut direkodkan di Sarawak, masing-masing di Bintulu, Kuching dan Serian.

Bagi kes kematian di Bintulu, ia melibatkan lelaki berusia 35 tahun manakala kes kematian di Kuching pula melibatkan lelaki berusia 87 tahun.

Sementara di Serian, kematian melibatkan lelaki berusia 67 tahun. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan