Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis buru 20 lelaki bersenjata kayu baseball samun premis barangan komputer
Polis buru 20 lelaki bersenjata kayu baseball samun premis barangan komputer

20 lelaki bersenjata kayu baseball samun premis komputer ‘bermasalah’ diburu

ByFirdaus Ismail

KAJANG, 29 Mac : Polis sedang mengesan ‘kumpulan penyamun’ seramai 15 hingga 20 lelaki yang disyaki terlibat dalam kes rompakan di sebuah premis peralatan komputer di Bandar Damai Perdana, Cheras, di sini pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan daripada pengawal keselamatan premis berkenaan berhubung kejadian itu pada hari sama.

Katanya, berdasarkan laporan awal, kesemua suspek memecah masuk ke dalam premis berkenaan dengan bersenjatakan kayu baseball.

“Kumpulan ini melarikan peralatan komputer yang disimpan di tingkat satu kedai berkenaan yang dianggarkan bernilai RM70 000.

“Selepas mengambil kesemua barangan berkenaan, mereka melarikan diri menggunakan empat jenis kenderaan iaitu kereta jenis Nissan Navara berwarna kelabu, Toyota Hiace putih, Perodua Alza putih dan proton Exora,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Rompakan itu yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di premis berhampiran juga tular di sosial media dan mendapat reaksi orang ramai yang menyuarakan kebimbangan.

Mohd. Zaid berkata, ketika kumpulan penjenayah itu mahu melarikan diri, pengawal keselamatan berkenaan cuba menghalang namun kenderaannya turut dirosakkan oleh suspek.

Katanya, kes samun itu kini disiasat mengikut Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, beliau turut memberitahu, berdasarkan rekod, premis berkenaan pernah dipecah masuk sebanyak tiga kali iaitu dua pada tahun lepas dan kejadian terbaharu pada 23 Mac lalu.

” Berdasarkan tiga kes itu, satu telah berjaya diselesaikan dengan penahanan empat suspek yang telah dituduh di mahkamah pada tahun lepas,”katanya.

Katanya, siasatan polis mendapati sekumpulan suspek yang menceroboh premis itu berniat untuk mencuri mesin bitcoin yang disyaki beroperasi di situ.

“Pada 24 Jun tahun lepas, polis telah menyerbu premis berkenaan dan menahan enam lelaki berbangsa Cina serta telah merampas sebanyak 364 mesin Ethereum kerana mereka disyaki menjalankan aktiviti melombong bitcoin secara haram,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan