Search
Close this search box.

Senarai barangan harga kawalan ditambah menjelang Ramadan – Alexander Nanta

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 27 Mac : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menambah senarai barangan yang tertakluk di bawah Skim Kawalan Harga Keluarga Malaysia (SKHKM) menjelang Ramadan ini.

Menterinya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, penambahan itu bertujuan untuk mengurangkan beban yang ditanggung oleh pengguna.

Katanya, Skim Kawalan Harga Barangan yang dilaksanakan oleh kementeriannya setiap kali musim perayaan belum bermula memandangkan ketika ini turut berlangsung Skim Jualan Keluarga Malaysia yang telah dilanjutkan sehingga Jun depan.

” Menerusi SKHKM, kita (kementerian) hanya kawal dua item sahaja iaitu ayam dan telur ayam namun pada Ramadan ini, kita akan membuat penelitian untuk menambah barangan keperluan yang akan dikawal harganya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada TVS selepas hadir sesi rakaman program wawancara terbitan stesen televisyen ini di sini hari ini.

Berhubung langkah kerajaan membantu pengguna, Alexander Nanta yang juga Ahli Parlimen Kapit berkata, ketika ini kementerian sedang meneliti trend harga barangan serta turut mengambil kira maklum balas daripada pengguna.

Sementara itu, beliau turut memberi jaminan bahawa KPDNHEP akan memastikan bekalan bahan mentah sentiasa mencukupi di pasaran untuk menampung keperluan pengguna. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan