Search
Close this search box.
Segerakan pembinaan balai bomba di Belaga
Segerakan pembinaan balai bomba di Belaga

Segerakan pembinaan Balai Bomba di Sungai Asap

BELAGA, 27 Mac : Ahli Parlimen Hulu Rajang, Datuk Wilson Ugak Kumbong berharap supaya pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) di Sungai Asap akan disegerakan.

Katanya, ini kerana penduduk di Belaga sudah menanti terlalu lama untuk menyaksikan tempat mereka mempunyai kemudahan berkenaan.

” Saya difahamkan projek pembinaan BBP Sungai Asap telah medapat kelulusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)

” Saya kerap suarakan mengenai projek pembinaan yang berada di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan malah telah mengajukan kepada bekas menteri namun sehingga hari ini belum terlaksana,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat mangsa kebakaran di Pasar Asap di sini pagi tadi.

Mengulas, Wilson Ugak berkata, sebagai permulaan, beliau berharap balai bomba kategori E dapat dibina di situ.

Beliau memberi contoh, sekiranya terdapat balai bomba di situ, kesan kemusnahan akibat kebakaran mungkin dapat dikurangkan.

Kebakaran pukul 5.29 pagi tadi melibatkan lapan premis termasuk pejabat Sarawak Energy Berhad (SEB) yang mengalami kemusnahan sepenuhnya.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak mengesahkan tiada korban dan kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran itu manakala punca serta nilai kerugian masih dalam siasatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan