Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
WWF Malaysia Earth Hour Run 2022
WWF Malaysia Earth Hour Run 2022

WWF Malaysia anjur larian maya sempena Earth Hour

KUALA LUMPUR, 26 Mac: WWF Malaysia, dengan kerjasama JomRun, akan menganjurkan larian maya untuk alam semula jadi atau Earth Hour Virtual Run for Nature sempena Earth Hour hari ini.

Selain itu, Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur yang merupakan mercu tanda ikonik negara, akan memadam lampu di bangunan masing-masing selaras dengan tradisi Earth Hour sebagai sebahagian daripada dua aktiviti utama yang diadakan bagi menyambut ulang tahun ke-50 usaha memelihara alam semula jadi WWF Malaysia tahun ini.

“Earth Hour diasaskan untuk menyatukan dunia dalam usaha menyokong penduduk dan planet bumi. Visi kami adalah untuk mewujudkan kesan persekitaran yang positif melalui kuasa khalayak.

“Tahun ini, Earth Hour lebih bermakna kerana ia merupakan ulang tahun ke-50 usaha memelihara alam semula jadi WWF Malaysia,” menurut Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif WWF Malaysia Sophia Lim dalam kenyataan media.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran bagi larian maya, layari laman sesawang JomRun di https://www.jomrun.com/event/WWF-Malaysia-Earth-Hour-Virtual-Run-for-Nature-2022 atau aplikasi mudah alih JomRun.

Pendaftaran ditutup pada 22 April. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan