Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
25 Mac: POLIS SIASAT VIDEO PERGADUHAN REMAJA SEMASA PERLAWANAN BOLA SEPAK Kredit: Screenshot dari video

Polis siasat video pergaduhan remaja semasa perlawanan bola sepak

SHAH ALAM, 26 Mac : Polis Shah Alam sedang menyiasat berkenaan satu video pergaduhan sekumpulan remaja ketika perlawanan bola sepak pada Selasa lepas, yang tular di media sosial. 

Ketua Polis Daerah Shah Alam , Asisten Komisioner (ACP) Baharudin Mat Taib berkata, video tular berdurasi 32 saat di laman Facebook dimuat naik seorang pemilik akaun yang memaparkan pergaduhan antara remaja itu, kini disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. 

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 22 Mac, lebih kurang pukul 11 malam semasa berlangsung perlawanan akhir Liga Saujana Putra antara Bandar Putra 2 FC dan Copy Ori FC di Kompleks Akademi Bola Sepak Merah Kuning, U10 Bukit Cherakah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Baharudin mana-mana individu dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung video yang viral itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan