Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Penghuni mahir guna alat pemadam api, selamatkan rumah panjang daripada terbakar

KANOWIT, 26 Mac : Kemahiran mengendalikan alat pemadam api oleh salah seorang penghuni Rumah Panjang Awi di Sungai Maong, berjaya menyelamatkan kediaman itu daripada mengalami kemusnahan yang lebih besar dalam kebakaran petang semalam.

Sejurus mendengar teriakan seorang penghuni yang memberitahu sebuah bilik terbakar, Sempurai Anak Bila, segera bertindak panas menggunakan peralatan berkenaan untuk memadam api yang sedang membakar beberapa peralatan elektrik.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Empat Sibu, Penguasa Kanan Bomba 1, Janggan Muling berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 6.39 petang.

Tindakan pantas penghuni rumah panjang berjaya selamatkan Rumah Panjang
Tindakan pantas penghuni rumah panjang memadam kebakaran berjaya mengelak kejadian lebih buruk.

“Setibanya di lokasi, bomba mendapati kebakaran di rumah panjang yang mempunyai 23 pintu itu telah berjaya dipadamkan oleh seorang penghuni dengan menggunakan empat unit pemadam api,” katanya ketika dihubungi TVS semalam.

Ujar beliau, kebakaran itu hanya melibatkan kerosakan kecil iaitu satu kipas, televisyen dan sebuah almari pakaian.

Sementara itu, Janggan berkata, sekiranya terdapat penghuni rumah panjang atau masyarakat yang memerlukan bantuan bomba untuk mempelajari cara penggunaan alat pemadam api, mereka boleh menghubungi balai bomba terdekat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan