Search
Close this search box.
COVID-19 : Sarawak catat hanya sembilan kes baharu kategori tiga hingga lima hari ini

COVID-19 : Kes menurun namun rekod empat kematian

KUCHING, 25 Mac : Kes jangkitan baharu COVID-19 menurun kepada tiga angka namun empat kematian direkodkan di Sarawak pada hari ini.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, jumlah jangkitan bagi tempoh 24 jam lepas ialah sebanyak 960 kes.

“Sebanyak 951 kes berada dalam kategori satu dan dua manakala sembilan kes pada kategori tiga, empat dan lima,”jelas JPBN menerusi kenyataan media.

Sementara itu, kes kematian pertama di Miri melibatkan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun pada 20 Mac lalu namun tiada sebarang sejarah penyakit diketahui.

“Kematian kedua di Sri Aman pula melibatkan seorang warga emas berusia 85 tahun yang meninggal dunia pada 23 Mac lalu dan mempunyai sejarah penyakit darah tinggi dan kencing manis,”jelas JPBN.

Dua lagi kematian direkodkan pada 25 Mac lalu yang melibatkan dua warga emas di Kuching dan Limbang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan