Search
Close this search box.

COVID-19 : Kes turun kepada tiga angka, rekod tiga korban baharu

KUCHING, 25 Mac : Kes jangkitan baharu COVID-19 menurun kepada tiga angka hari ini namun tiga kematian turut direkodkan di negeri ini.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, jumlah jangkitan bagi tempoh 24 jam lepas ialah sebanyak 980 kes.

“Sebanyak 973 kes yang dilaporkan berada dalam kategori satu dan dua manakala tujuh pada kategori tiga, empat dan lima,”jelas JPBN menerusi kenyataan media.

Sementara itu, kes kematian yang disahkan melibatkan dua lelaki yang masing – masing berusia 51 dan 57 tahun yang meninggal dunia pada 22 Mac lepas di Kuching dan Samarahan.

Kedua-duanya mempunyai sejarah penyakit kencing manis dan darah tinggi.

” Satu lagi kematian membabitkan warga emas berusia 71 tahun yang mempunyai sejarah penyakit buah pinggang, darah tinggi dan kencing manis yang meninggal dunia di Hospital Bintulu pada 24 Mac lepas,”jelas kenyataan itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan