Search
Close this search box.
Sebanyak 129 kes iaitu 0.47 peratus daripada 27,299 kes baharu yang dicatatkan semalam terdiri daripada kategori tiga, empat dan lima, berbanding 156 kes pada Jumaat lepas.
SHAH ALAM, 16 Feb -- Petugas kesihatan yang lengkap memakai alat perlindungan diri (PPE) menguruskan pengebumian jenazah pesakit positif COVID-19 ketika tinjauan fotoBernama di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam hari ini. Semalam Malaysia mencatatkan kes harian COVID-19 sebanyak 27,831 kes dan menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 sebanyak 3,111,514 kes manakala kes kematian dicatatkan sebanyak 21 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian sebanyak 32,201 kes. Kes harian COVID-19 di Malaysia kelihatan meningkat sejak kebelakangan ini berikutan gelombang terbaharu Varian Omicron COVID-19 yang kian menular. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kes COVID-19 di Sarawak turun kepada tiga digit namun rekod empat kematian

KUCHING, 20 Mac : Sarawak hari ini mencatatkan penurunan jangkitan baharu COVID-19 apabila kes kembali ke tiga digit iaitu sebanyak 852 berbanding 1,177 semalam.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, daripada keseluruhan jumlah kes yang dilaporkan, sebanyak 844 dalam kategori satu dan dua manakala hanya lapan kes dalam kategori tiga, empat dan lima.

Sementara itu, Daerah Kuching terus merekodkan kes tertinggi apabila sebanyak 305 kes baharu dilaporkan.

Ini diikuti Miri dengan sebanyak 147 kes dan Sibu 86 kes.

Kes baharu hari ini telah menjadikan jumlah kes kumulatif COVID-19 di Sarawak bertambah kepada 287, 847 kes sejak dilanda pandemik.

Sementara itu, empat kematian turut direkodkan hari ini iaitu di Bintulu, Sibu, Mukah dan Serian.

Kesemua mangsa mempunyai latar belakang penyakit kronik.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan