Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak beralih ke fasa endemik 1 April

KUCHING, 19 Mac: Sarawak dijangka akan beralih ke fasa endemik pada 1 April depan, selaras dengan pengumuman Kerajaan Persekutuan sebelum ini.

Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, peralihan itu kelak akan membolehkan rakyat Sarawak menjalani kehidupan seperti biasa selepas dua tahun dibelenggu pandemik COVID-19.

Douglas Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, kerajaan negeri juga sedang merangka strategi berhubung pembukaan sempadan.

“Prosedur operasi standard (SOP) yang diperkenalkan sebelum ini yang agak ketat (akan) dikurangkan.

Perkembangan terbaharu membabitkan SOP akan dimaklumkan kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Persidangan Kebangsaan Wanita Dayak di sini malam tadi.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan rakyat di negeri ini supaya mengambil vaksin dan dos penggalak supaya dapat mengurangkan risiko komplikasi serius akibat COVID-19. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan