Search
Close this search box.
Sarawak catat dua kematian akibat COVID-19
Sarawak catat dua kematian akibat COVID-19

COVID-19: Hanya dua daerah di Sarawak catat sifar kes

ByElani Rosllan

KUCHING, 18 Mac: Sarawak hari ini mencatatkan sebanyak 1,316 kes baharu positif COVID-19 sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 285,818 kes sejak dilanda pandemik.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, daripada 40 daerah di Sarawak, hanya dua daerah mencatatkan sifar kes positif iaitu Sebauh dan Song.

“Daerah Kuching kekal mencatatkan kes harian baharu tertinggi dengan 531 kes, diikuti Miri sebanyak 158 kes, Bintulu 106 kes, Sibu 89 kes dan Samarahan dengan 74 kes,” jelas JPBN menerusi kenyataan media.

Sementara itu, jelas JPBN lagi, negeri ini turut mengesahkan dua kes kematian akibat COVID-19 yang melibatkan warga emas wanita berusia 84 dan 55 tahun.

“Kedua-dua pesakit mempunyai sejarah penyakit seperti darah tinggi, jantung, kencing manis dan buah pinggang,” jelas kenyataan itu.

Kematian pertama berlaku pada 13 Mac dan jenazah telah dibawa ke Hospital Serian manakala wanita kedua yang berusia 55 tahun itu pula meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak pada 17 Mac.

Tiada pertambahan kluster baharu pada hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan