Search
Close this search box.

Pengeluaran RM10,000 oleh pencarum KWSP dikhuatiri jejas persaraan

ByLuqman Muhammad

KUALA LUMPUR, 16 Mac: Pengeluaran khas daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 bukan sahaja akan memberi kesan kepada pencarum, malah kedudukan ekonomi negara.

Menurut Penganalisis Ekonomi, Prof. Madya Yusof Saari, ia juga akan menjerumuskan negara ke dalam krisis sosial yang lebih teruk.

“Pertamanya, kita kena fham bahawa Malaysia kini menuju ke arah sebuah negara tua, dan pada ketika itu, contohnya pada tahun 2030 nanti, kita akan mendapati mereka yang berumur 60 tahun akan semakin bertambah, dan ini memberi isyarat bahawa mereka yang berumur selepas persaraan nanti memerlukan kewangan yang betul-betul kukuh untuk mendepani kehidupan 10 dan 15 tahun selepas persaraan,” katanya ketika dihubungi TVS pada Rabu.

Kehendak bagi pengeluaran ketika ini juga, katanya, akan menimbulkan risiko yang besar selepas persaraan nanti.

Tambahnya, jika ketika bersara, keadaan kewangan tidak mencukupi, maka lebih ramai yang akan terjerumus ke dalam kancah kemiskinan.

“Jadi jika ini berlaku, ia akan memberi impak kepada kerajaan kerana kerajaan memerlukan dana kewangan untuk memastikan golongan ini terus mendapat bantuan dan menerima sokongan kerajaan bagi meneruskan kelangsungan hidup mereka,” ujarnya lagi.

Terdahulu Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 bagi meringankan beban rakyat yang masih terkesan akibat pandemik COVID-19. – TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan