Search
Close this search box.
COVID-19 : Lima daerah catat kes sifar hari ini

COVID-19 : Empat daerah di Sarawak catat kes sifar hari ini

ByJas

KUCHING, 16 Mac : Sebanyak empat daerah di Sarawak hari ini mencatatkan sifar kes baharu jangkitan COVID-19.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, perkembangan itu direkodkan di Selangau, Julau, Telang Usan dan Song.

Sementara itu, jumlah kes baharu harian yang dilaporkan juga menurun kepada 1,555 kes hari ini berbanding 1,867 kes yang direkodkan semalam.

“Ia menjadikan jumlah kes kumulatif COVID-19 meningkat kepada 283,018 kes,” jelas JPBN.

Berdasarkan kes hari ini, sebanyak 1,542 berada pada kategori satu dan dua manakala 13 kes merupakan kategori tiga, empat dan lima. 

Dalam pada itu, JPBN juga mengesahkan tiga kes kematian melibatkan warga emas. 

Kesemua mangsa meninggal dunia di Hospital Sibu dengan dua pada Ahad lepas dan seorang lagi semalam.

Mereka masing – masing berusia 77, 91 dan 90 tahun yang mempunyai sejarah penyakit. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan