Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pelanggan hilang kerja atau alami kurang pendapatan boleh tangguh bayaran – Maybank

KUALA LUMPUR, 9 Mac: Malayan Banking Bhd (Maybank) akan terus menawarkan sokongan kepada pelanggan yang masih belum pulih daripada kesan pandemik di bawah program Bantuan Pembayaran Balik Maybank untuk pelanggan individu, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan bukan runcit.

Dalam satu kenyataan hari ini, bank itu berkata fokusnya adalah bagi menyesuaikan sokongan kewangan untuk pelanggan yang memerlukan dan membantu membina semula daya tahan mereka dengan menyesuaikan diri dan beroperasi dalam normal baharu, selaras dengan misinya iaitu Menginsankan Perkhidmatan Kewangan.

Maybank menyatakan bahawa Bantuan Pembayaran Balik Maybank tersedia untuk semua pelanggan individu yang mengalami kehilangan pekerjaan atau sekurang-kurangnya 50 peratus pengurangan dalam pendapatan, serta pelanggan PKS dan bukan runcit yang mengalami penurunan dalam hasil.

Ia menambah pelanggan yang terjejas mesti memenuhi beberapa kriteria iaitu tidak di bawah program bantuan pembayaran balik sedia ada pada tarikh permohonan; yang pinjaman/pembiayaannya masih berbayar (tidak tertunggak melebihi 90 hari); serta pinjaman/pembiayaan yang telah dikeluarkan pada atau sebelum 30 September 2021.

“Pelanggan individu yang mengalami kehilangan pekerjaan dan memenuhi semua kriteria kelayakan lain boleh memilih penangguhan pembayaran selama enam bulan, diikuti dengan pengurangan ansuran sebanyak 50 peratus selama sembilan bulan untuk pinjaman/pembiayaan mereka.

“Manakala mereka yang telah mengalami pengurangan pendapatan sebanyak 50 peratus dan memenuhi semua kriteria kelayakan lain boleh meminta pengurangan ansuran sebanyak 50 peratus selama enam bulan untuk pinjaman/pembiayaan mereka. Pilihan serupa juga tersedia untuk pelanggan PKS,” kata Maybank.

“Selain itu, pelanggan yang mengalami pengurangan 50 peratus dalam pendapatan dan mempunyai baki tertunggak pada Kad Kredit/Kad Kredit-i, mereka juga boleh memilih untuk menukarnya kepada program ansuran selama 36 bulan,” kata Maybank.

Bank itu berkata pelanggan yang berminat untuk memohon Bantuan Pembayaran Balik Maybank boleh berbuat demikian dengan melayari halaman Bantuan Pembayaran Balik Covid-19 Maybank2u di www.maybank2u.com.my/covid19 untuk senarai dokumen sokongan yang diperlukan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan