Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lapan kenderaan rosak dihempap bongkak batu
Lapan kenderaan rosak dihempap bongkak batu

Lapan kenderaan rosak teruk dihempap bongkah batu

ByFirdaus Ismail

AMPANG, 10 Mac: Lapan kenderaan mengalami kerosakan setelah dihempap bongkah batu dalam kejadian di Pangsapuri Taman Bukit Permai, Pandan Indah pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya , Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, pusat kawalan menerima panggilan kecemasan daripada seorang lelaki memaklumkan terdapat bongkah batu jatuh dari bukit dan menghempap kenderaan yang diletakkan tempat letak kenderaan, Blok 4 pangsapuri berkenaan.

Salah sebuah kenderaan yang rosak akibat dihempap bongkah batu besar.

Katanya, tiada sebarang kemalangan jiwa dalam kejadian itu.

“Hasil siasatan awal pihak polis mendapati kejadian tersebut tidak mempunyai sebarang unsur-unsur khianat setelah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) Malaysia melakukan pemeriksaan.

“Pihak polis memberikan nasihat kepada orang ramai supaya sentiasa peka dengan keadaan cuaca yang tidak menentu dan tidak meletakkan kenderaan di bawah bukit atau pokok kerana kekerapan berlaku pokok tumbang atau tanah runtuh yang disebabkan oleh angin kencang dan hujan lebat,” katanya menerusi kenyataan media semalam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan