Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
BUTTERWORTH, 9 Mac (Bernama) -- Dua jurugambar akhbar berbahasa Inggeris berjaya menyelamatkan seorang wanita yang cuba bertindak terjun ke laut di Kilometer 3.4 Jambatan Pulau Pinang di sini hari ini.
BUTTERWORTH, 9 Mac -- Jurugambar The Sun Masry Che Ani, 42, menarik seorang wanita yang cuba terjun ke laut di Jambatan Pulau Pinang hari ini. Dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, dua jurugambar dari akhbar The Sun Masry Che Ani, 48, dan The Star Ahmad Zhafaran Nasib, 38, yang dari arah Butterworth menuju ke George Town terlihat seorang wanita berusia 30-an sedang memanjat tembok di hentian kecemasan di Kilometer 3.4. Susulan itu, Masry bertindak pantas dengan menarik wanita itu dan dibantu Zhafaran bagi menghalang wanita tersebut terjun ke laut. Selepas berjaya menyelamat wanita tersebut, Zhafaran cuba memujuk dan menenangkan wanita berkenaan sementara menunggu ketibaan anggota polis peronda dan pegawai PLUS. -- fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Dua petugas media selamatkan wanita cuba terjun dari Jambatan Pulau Pinang

BUTTERWORTH, 9 Mac: Dua jurugambar akhbar berbahasa Inggeris berjaya menyelamatkan seorang wanita yang cuba bertindak terjun ke laut di Kilometer 3.4 Jambatan Pulau Pinang di sini hari ini.

Ketika insiden pada 12.30 tengah hari itu, kedua-dua jurugambar lelaki yang menunggang motosikal dari arah Butterworth menuju Pulau Pinang ternampak wanita tersebut sedang memanjat tembok di hentian kecemasan jambatan berkenaan dan berindak memberhentikan motosikal masing-masing.

Masry Che Ani, 48, berkata semasa kejadian, beliau dan Ahmad Zhafaran Nasib, 39, dalam perjalanan ke Georgetown untuk melakukan tugasan.

“Kami pada mulanya menyangka mungkin wanita itu ada masalah dengan motosikalnya atau dia sedang menggunakan telefon. Apabila kami semakin dekat, kami nampak badannya menggigil. Kami berasa tidak senang hati dan memutuskan untuk berhenti membantunya.

“Ketika cuba mendekatinya, kami dengar wanita itu menangis sebelum cuba memujuknya untuk turun dari tembok terbabit dan pada masa sama, menjelaskan tindakan terjun jambatan itu bukan cara menyelesaikan masalah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Masry berkata Ahmad Zhafaran kemudian menjerit supaya beliau menarik wanita itu dan terus memegangnya meskipun mangsa melawan.

Ahmad Zhafaran pula berkata beliau gembira kerana mereka mengambil keputusan untuk memberhentikan motosikal bagi membantu wanita berumur 37 tahun itu sebelum menghubungi polis.

Beliau berkata sebaik diselamatkan, wanita itu menangis teresak-esak menyebabkan beliau dan Masry bertindak menenangkannya serta meminta mangsa bersabar dan tidak terlalu memikirkan kejadian tersebut.

“Saya bersyukur kerana kami berjaya menyelamatkan nyawa yang tidak bersalah. Kami telah membuat liputan begitu banyak berita tentang kejadian bunuh diri dan misi menyelamat selama bertahun-tahun kami berkhidmat.

“Saya langsung tidak pernah terfikir bahawa kami akhirnya akan menyelamatkan seseorang. Ini adalah pengalaman sebenar kami yang pertama,” katanya sambil menambah polis yang tiba di lokasi kejadian membawa wanita itu ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan